Baru-baru ini, Perodua baru saja melancarkan model terbaru Myvi. Setakat ini Myvi terbaru itu sudah pun mendapat 5,000 buah tempahan.Memang rambang mata melihat model terbaru Myvi tersebut. Boleh dikatakan Myvi antara model kenderaan paling popular dikalangan anak muda dan menjadi pilihan untuk kereta pertama mereka.Tapi, ramai yang tidak tahu bahawa jika anda bergaji RM2,000, anda sebernarnya tidak layak untuk memiliki kereta tersebut. Nak tahu kenapa? Ini antara sebabnya!
1. KALAU BUJANG GAJI RM2,000 TAK PAYAHLAH PAKAI MYVI 2018 TU
Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.
2. HARGA KERETA YANG PATUT KITA BELI HARGANYA SETAHUN GAJI
RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi
3. KALAU DAH TERBELI, SUSAH NAK MULA MENYIMPAN
Sepatutnya anda simpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.
4. PAKAI KERETA LAGI BANYAK BELANJA. TAK PERCAYA? TENGOK NI
Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.
5. LAIN ORANG BERBEZA KEUTAMAAN
Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.
6. KALAU DAH BERKAHWIN PAKAI SATU KERETA CUKUP
Kalau dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.
7. JANGAN IKUT CAKAP ORANG SURUH BELI KERETA KEDUA
Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.
8. TABUNG RUMAH LEBIH UTAMA BERBANDING MYVI 2018
Melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.
9. CAKAP BANYAK PUN TAK GUNA, TENGOK NI!
Jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.
10. SEBELUM BUAT KEPUTUSAN BELI MYVI 2018, FIKIR DULU BEZA LAYAK, MAMPU DAN PERLU
Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, “Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi”. Haha.
Sumber: Facebook Harith Faisal



No comments:
Post a Comment